skahm.zoom-a.com
[SK ABANG HAJI MATAHIR,SARIKEI]
[Jalan Masjid Baru,96100 Sarikei] Tel : [084-651652], Faks : [084-651652]
e-mel : [skabanghajimatahirsarikei@yahoo.com.my]
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | VISI & MISI | OBJEKTIF SEKOLAH | PIAGAM PELANGGAN | FALSAFAH SEKOLAH | ETIKA SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | SEJARAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | AKTIVITI | BUKU PELAWAT | PAUTAN | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | Buku Pelawat |

  
SEJARAH SEKOLAH

                                                                                                                  Pengasas Sekolah SKAHM (Tuan Haji Matahir)



a.      Sejarah Ringkas Sekolah

Sekolah Rendah Melayu Kampung Sarikei telah dimulakan sejak awal tahun 1924 dengan menempatkan pelajar awal belajar di sebuah pondok bangsal berdekatan dengan tanah perkuburan lama Kampung Melayu Sarikei.

Pada tahun 1931, Guru Besar pertama yang berkhidmat di sekolah berkenaan ialah Cikgu Wan Dollek atau lebih dikenali dengan nama Wan Abdullah.Tenaga pengajar adalah tiga orang dengan anak didik awalnya seramai antara 50-60 orang yang keseluruhannya berbangsa Melayu. Kemudian kira-kira pada penghujung tahun 1931 sekolah ini dipindahkan ke rumah Allahyarham Tuan Haji Bustamam bin Haji Muhammad.

Pada tahun 1936 sekolah ini dipindahkan pula ke permis bekas Pejabat Kerajaan (Opis Kerajaan), Pejabat Daerah di kawasan Nyelong, Sarikei buat sementara menunggu pelbagai usaha untuk mewujudkan tempat atau sekolah yang lebih kekal.

Pada tahun 1938 dilakukan perpindahan semula ke kediaman Lebai Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Karim yang berasal dari Kampung Rejang sementara menunggu bangunan baru yang diusahakan oleh beberapa orang individu dan Ketua-ketua Masyarakat pada ketika itu.

Di antara mereka yang mengasas dan mengusahakan penubuhan sekolah ini ialah Tuan Haji Bijak, Tuan Haji Bustamam, Lebai Haji Abdul Rahman, Tuan Haji Karim (Ketua Kampung), Pengiran Haji Umar Pengiran Benggala, Encik Yusuf, Awang Putera atau Yan Mok, Imam Kampung Melayu, Sarikei pada ketika itu dan Tuan Haji Matahir yang datang dari Kampung Binatang (Bintangor).    Berkat usaha gigih mereka ini dan masyarakat setempat akhirnya bangunan sekolah Melayu Kampung Sarikei akhirnya didirikan di tapak kekalnya di tepi tanah Perkuburan Kampung Melayu, Sarikei.

Sekolah Melayu Kampung Sarikei ini akhirnya diberi nama Sekolah Rendah Kerajaan Abang Haji Matahir, Sarikei sempena nama salah seorang daripada pengasas awalnya. Bangunan lama SRK Abang Haji Matahir yang didirikan pada tahun 1938 ini kekal di tapak lama sehingga pada tahun 1960.    Pada tahun berikutnya bangunan baru didirikan oleh pihak Majlis Daerah Sarikei dengan sebuah blok Bangunan bertingkat bagi enam buah kelas di Jalan Masjid Baru, Sarikei.     Bangunan itu masih kekal hingga sekarang, tetapi dengan sedikit pengubahsuaian.

Pada tahun 1989, Jabatan Pendidikan Negeri di bawah World Bank Project telah mendirikan bangunan tambahan dan baru bagi SRK Abang Haji Matahir, Sarikei dengan kos binaan 5.3 juta ringgit.  Sekarang SRK Abang Haji Matahir telah pun berkembang dengan pertambahan beberapa buah blok bangunan.   Sekolah ini sekarang adalah sekolah Gred A dengan 24 buah kelas, 760 orang pelajar, 38 orang guru dan 6 orang kakitangan bukan akademik.
{Sumber : Temenggung Haji Rabaie b. Seruji & Pak Cik Abon bin Merais, pelajar veteran SRK Abang Haji Matahir (umur 78 tahun)}

 

Salah Satu Bangunan lama SKAHM yang masih ada hingga kini

Bamgunan Kayu Menempatkan Surau,Prasekolah & Prasekolah Khas di bina pada 1961

                                                            "BERUSAHA UNTUK KECEMERLANGAN"


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: